1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam
sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat.
Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka
tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima
bahawa hati mereka telah dipermainkan.
2. Harapan / Kebebasan
Ada
pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah
mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini
tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang
mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki
yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan
perhubungan tersekat.
3. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi
kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas.
Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari
kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan
perhubungan.
4. Berbeza Pendapat
Dalam
menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi.
Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang
membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita
tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan.
Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.
5. Status Yang Tinggi
Ada
sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan.
Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status
diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri
mereka.
6. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada
perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah
sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang
lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan
bertahan lama.
7. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada
sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering
memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti
hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan
perhubungan tidak berlangsung dengan baik.
8. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak
mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah
perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga
boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda
sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai
anda.
hahaha . padan muka kau seton . hehe .
ReplyDelete